![]() |
Pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai yang telah selamat melahirkan anak pertamanya, Aaradhya, pada bulan November yang lepas menyatakan bahawa beliau masih belum mempunyai hasrat untuk kembali ke dunia filem.
“Saya seronok menjadi ibu. Sememangnya ia suatu kebahagiaan buat diri saya,” ujar bekas ratu cantik yang hadir di majlis ulangtahun Ahli Parlimen Britain berketurunan India, Keith Vaz, yang ke-25, minggu lalu.
Turut sama mengiringi aktres jelita ini adalah suaminya, Abhishek Bachchan yang ditemui di Hotel Radisson Edwardian Heathrow di London.
Abhishek Bachchan yang masih sibuk dengan lakonan turut mengakui tidak sempat untuk membantu isterinya dalam menguruskan keperluan anak perempuan mereka.
“Saya bersalah. Saya jarang meluangkan masa menukar lampin anak. Isteri saya (Aishwarya) yang paling banyak bekerja keras melakukan semua itu.”
Walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Aishwarya akan kembali berlakon, beliau tidak memberikan jawapan yang pasti dalam hal itu. Buat masa ini, duta jenama Kalyan Jewellers tersebut gembira menjadi seorang ibu sepenuh masa.
Filem “Guzaarish” merupakan filem terakhir yang dibintangi Aishwarya Rai bersama Hrithik Roshan sebelum beliau hamil. - sumber dari TUPAI








