WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

5 JENIS PERUT BUNCIT YANG SELALU TERJADI PADA PEREMPUAN

Kesihatan


Back To Featured Content

Anda pastinya mengenali sahabat anda yang berperut buncit atau anda sendiri yang mengalaminya? Ramai tidak tahu bahawa perut buncit ini ada kategorinya dengan penyebab yang berbeza.

Disini ada 5 jenis perut buncit yang dialami oleh wanita. Mari kita lihat mana satu yang anda atau kawan-kawan anda alami.

1. Perut Pir (Pear Tummy)

Perut buncit jenis ini dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir. 

Perut Pir adalah disebabkan faktor estrogen atau pun genetik dan juga 
Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon.

Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila baligh selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.

Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.

Sumber: aliffchannel.com