• LISTEN NOW ON AIR

    #CNO912

    09.00pm - 12.00am

WHAT'S NEXT

ANTAP MUSIC

12.00am - 02.00am

PENDAFTARAN CATS KUMANG GAWAI 2018

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

SYARAT KELAYAKKAN YANG WAJIB UNTUK MENYERTAI "CATS KUMANG GAWAI 2018"

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak sahaja tidak termasuk pemenang utama CATS Kumang Gawai 2017 dan tertakluk pada terma dan syarat am peraduan CATS FM di www.catsfm.my.

  2. Wanita bujang yang berusia 18 hingga 28 tahun sahaja pada 9 April 2018.

  3. Ketinggian minimum untuk peserta adalah 155cm. 

  4. Daftar butiran penuh dan lengkapkan SLOGAN tidak melebihi 10 patah perkataan di www.catsfm.my/ckg2018 bermula pada 9 April sehingga 27 April 2018, sebelum jam 6 petang.

  5. Semua peserta diwajibkan untuk memuatnaik gambar penuh berukuran 4R tidak melebihi 6MB dan pakaian yang akan digunakan dalam gambar adalah ’T-shirt’ putih dan seluar ‘Jeans’.

  6. Peserta akhir “CATS Kumang Gawai 2018” akan diumumkan secara ke udara di CATS FM pada 30 April 2018 manakala pemenang utama akan diumumkan di pentas akhir acara pada 12 Mei 2018.

  7. Pemenang tempat Pertama akan memenangi wang tunai RM5,000 dan sejambak bunga, Kedua RM3,000 dan sejambak bunga, Ketiga RM2,000 dan sejambak bunga.

  8. Pemenang kategori tajaan khas Miss Darlie Smile” dan “Puteri Emeron" bakal menerima hamper barangan tajaan bernilai RM300.

  9. Kesemua 10 peserta akhir juga bakal menerima hadiah berupa Hamper barangan bernilai RM50 tajaan Darlie dan Emeron.

  10. Sesi raptai pula akan diadakan pada 11 Mei 2018, jam 7.30 malam. Pakaian yang akan digunakan adalah T-shirt putih dan seluar Jeans.

  11. Peserta yang bertanding diwajibkan menggunakan pakaian tradisional lengkap etnik Iban pada acara akhir.

  12. Segala tanggungan lain untuk menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.

  13. Pihak penganjur berhak untuk menolak atau menggugurkan mana-mana peserta yang didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakkan am yang telah ditetapkan.

  14. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala gambar atau peserta yang telah memenangi acara ini untuk tujuan promosi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Emeron dan Darlie, sila layari laman sesawang www.emeron.com.my dan www.darlie.com.my